MENU
 

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

 

SENARAI NILAIAN BAHARU

1.  Apakah yang dimaksudkan dengan Senarai Nilaian Baharu?

 Senarai Nilaian Baharu adalah senarai pegangan berkadar dalam kawasan pentadbiran   sesebuah PBT yang disemak semula bagi menggantikan senarai nilaian sedia ada (lazimnya 5 tahun sekali tetapi tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri).

2. Mengapa Majlis Perbandaran Selayang perlu menyediakan Senarai Nilaian 

    Baharu?

Senarai Nilaian Baharu perlu disediakan untuk mengimbangi kos perbelanjaan pengurusan dan perkhidmatan seiring dengan hasil cukai taksiran semasa.

Pada masa kini, cukai taksiran Majlis Perbandaran Selayang adalah berdasarkan Aras Nilaian tahun 1992 akan tetapi kos perbelanjaan yang perlu ditanggung pihak MPS bagi penyediaan perkhidmatan perbandaran adalah kos semasa.

3. Adakah MPS mengiklankan perihal Senarai Nilaian Baharu ini?

Pengiklanan Senarai Nilaian Baharu ini adalah sejajar dengan Seksyen 141, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

 MPS telah mengiklankan berkenaan pemakluman Senarai Nilaian Baharu  ini di dua (2) buah surat khabar tempatan iaitu Sinar Harian dan News Straits Time pada 20 April  2024.

4. Bila kali terakhir Senarai Nilaian MPS?

Kali terakhir  MPS menguatkuasakan Senarai Nilaian  adalah pada tahun 1992 iaitu 33 tahun yang lalu.

5. Kenapa ada kenaikan Cukai Taksiran?

Kenaikan Cukai Taksiran adalah berdasarkan perubahan nilai sewa yang berlaku di antara semakan kali terakhir bagi Senarai Nilaian pada tahun 1992 dengan nilaian sewaan semasa dalam Senarai Nilaian Baharu tahun 2025.

6. Kenapa kenaikan Cukai Taksiran sesetengah harta lebih ketara?

Ada beberapa faktor yang menyebabkan perbezaan jumlah cukai taksiran:

  • Jenis bangunan yang berlainan (teres/sesebuah/berkembar);
  • Keluasan bangunan yang berbeza;
  • Pertambahan ruang dan struktur;
  • Kegunaan bangunan yang berbeza.

7. Bagaimana MPS menentukan cukai taksiran yang dikenakan?

Cukai yang dikenakan adalah berdasarkan anggaran sewa setahun sesuatu pegangan/harta dan MPS menggunakan asas nilaian pada tahun semasa.

Jenis Harta Tahun 1992 Tahun 2025

Rumah Teres

 2 tingkat

Sewa                :  RM300 sebulan

Nilai Tahunan   : RM3,600.00

                           (RM300 x 12 bulan)

Kadar (%)         : 8.6 %

Cukai Taksiran : RM309.60 setahun

Sewa                :  RM1,500 sebulan

Nilai Tahunan   : RM18,000.00

                           (RM1,500 x 12 bulan)

Kadar (%)         : 5 %

Cukai Taksiran : RM900.00 setahun

 

8. Berapa kadar peratus (%) yang dikenakan?          

Jenis Harta Kadar Lama Kadar Baru
Kediaman teres/sesebuah/pangsapuri/kondominium 8.6% 5%
Kediaman kos rendah 8% 4%
Kediaman kampung 4% 2%
Perniagaan 10.8% 6%
Perindustrian 12% 7%

Tanah kosong

- Pertanian

- Kediaman

- Perniagaan

- Perindustrian

4%

8.6%

10.8%

12%

1%

5%

6%

7%

 

9. Adakah rumah kos rendah dan kediaman kampong juga terlibat dengan kenaikan cukai taksiran ini?

Ya, bagi tujuan pelaksanaan Senarai Nilaian Baharu ini, semua pemilik harta kediaman kos rendah dan kediaman kampung akan menerima notis ini.

Walaubagaimanapun pada masa ini dasar pengecualian cukai taksiran ke atas rumah kos rendah dan pengecualian bersasar kediaman kampung masih lagi berkuatkuasa dan masih boleh menikmati pengecualian tersebut selagi mana pengecualian ini berkuatkuasa tertakluk ketetapan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

10. Apa yang perlu dilakukan jika tidak berpuas hati dengan Cukai Taksiran dalam Senarai Nilaian Baru ini?

Pemilik yang tidak berpuas hati terhadap nilaian Cukai Taksiran dalam Notis Senarai Nilaian Baharu boleh mengemukakan bantahan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2024 melalui:

11. Bagaimanakah kutipan hasil Cukai Taksiran dibelanjakan oleh MPS?

Hasil cukai yang dikutip akan dikembalikan kepada orang awam dalam bentuk perkhidmatan seperti berikut:

Pembersihan dan Infrastruktur Fasiliti dan Kemudahan Awam
  • Kutipan sampah;
  • Pembersihan longkang dan saliran;
  • Penyeliaan lampu jalan terutama di taman perumahan;
  • Pembinaan parit;
  • Pengurusan jalan/lalulintas;
  • Menyediakan kawalan perkhidmatan dan kesihatan perbandaran;
  • Mengawal kacau ganggu dan hidupan liar;
  • Membangun sosial ekonomi bandar;
  • Pembinaan pasar awam, gerai, kompleks sukan, stadium, kawasan rekreasi & sebagainya;
  • Menyedia dan menyelenggara kemudahan awam;
  • Penyelenggaraan landskap dan pengindahan bandar;

 

12. Apakah impak kepada MPS dan Pembayar Cukai jika Senarai Nilaian Baharu ini tidak dapat dilaksanakan?

Kesan terhadap MPS

  • MPS akan menanggung kos perbelanjaan perkhidmatan perbandaran dengan kos belanja terkini akan tetapi pendapatan melalui cukai taksiran rendah disebabkan masih menggunakan Aras Nilai tahun 1992.
  • Kualiti perkhidmatan perbandaran tidak dapat dipertingkatkan dan mutu kebersihan kawasan MPS juga akan terjejas.
  • MPS akan berhadapan cukai taksiran yang tidak seragam dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang bersempadanan.
  • Pendapatan hasil cukai taksiran yang rendah akan memberikan kesan kepada MPS untuk ke arah Bandaraya.

Kesan terhadap Pembayar Cukai

  • Pembayar cukai mungkin akan menerima perkhidmatan perbandaran di tahap minimum.
  • Persekitaran kawasan kediaman yang kurang memuaskan dan tidak harmoni.
  • Perkhidmatan Perbandaran yang disediakan oleh MPS mungkin tidak menepati standard yang ditetapkan.

 


 

JABATAN PUSAT SETEMPAT

 

​1.  Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk sesuatu permohonan di bawa ke MJKOSC?

     30 hari bekerja

2.  Adakah yuran proses perlu dibayar terlebih dahulu sebelum penyerahan dokumen?

Yuran perlu dibayar setelah bil dikeluarkan semasa pengemukaan dokumen dibuat di kaunter

3.  Bilakah tarikh perlaksanaan OSC 3.0 plus?

OSC 3.0 plus dijadualkan akan dilaksanakan pada awal tahun 2020

4.  Adakah permohonan serentak boleh dibuat?

Permohonan serentak boleh dikemukakan sekiranya tidak melibatkan sebarang isu tanah.

5.  Adakah permohonan perlu dibuat secara online?

Permohonan hendaklah dibuat secara online – melalui Sistem OSC Online

6.  Bilakah mesyuarat OSC akan bersidang?

Mesyuarat OSC biasanya bersidang 2 kali sebulan dan tarikhnya bergantung kepada ketetapan oleh Urusetia dan Majlis

7.  Adakah semua dokumen dalam senarai semak OSC dan KPKT perlu dilengkapkan dan dimuat naik secara Online?

Ya, semua dokumen mengikut senarai semak OSC dan KPKT perlu dilengkapkan dan dimuat naik secara Online

8.  Ingin mengemukakan permohonan cadangan pelan pemajuan seperti Kebenaran Merancang, Kerja Tanah, Jalan dan Perparitan, Pelan Bangunan dan Landskap?

Sila kemukakan permohonan melalui Sistem OSC 3.0 Plus Online, Majlis Perbandaran Selayang Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (MJKOSC) akan bersidang 2 kali sebulan untuk mempertimbangkan semua permohonan cadangan pelan pemajuan.

9.  Siapa yang layak mengemukakan permohonan cadangan pelan pemajuan?

  • Orang Utama Yang Mengemukakan (Principle Submitting Person - PSP)
  • Orang Yang Mengemukakan (Submitting Person - SP)

 

JABATAN PERBENDAHARAAN

 

1.  Apa itu Cukai Taksiran /Cukai Pintu?
    Cukai Taksiran/Cukai Pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang            terletak di Kawasan Majlis dalam Negeri Selangor meliputi harta-harta berikut :
    a) Kediaman
    b) Perniagaan
    c) Perindustrian
    d) Tanah Kosong

2.  Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
     Seksyen 146, akta Kerajaan tempatan 1976 (Akta 171) : Semua kadar (Cukai Taksiran/Cukai Pintu) hendaklah dibayar oleh orang yang mana adalah pemunya pegangan pada masa itu.       Semua pemilik berdaftar bagi premis kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong adalah tertakluk kepada Akta di atas. Seksyen 155 akta yang sama menerangkan bahawa       sekiranya penyewa sesuatu premis terpaksa membayar cukai taksiran bagi pihak pemilik berdaftar pegangan maka penyewa tersebut boleh memotong daripada bayaran sewanya               selepas saja daripada itu berapa saja amaun yang telah dibayar.

3.  Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
     2 kali setahun pada :

  • 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun; dan
  • 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.

4.  Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
     Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta (atau wakil bagi pihaknya) untuk membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan, tanpa perlu menunggu makluman               melalui Bil Taksiran.

5.  Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
     Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 :
     Harta anda akan DISITA