MENU
 

Jabatan Pelesenan bertanggungjawab mengendalikan beberapa aktiviti utama seperti berikut :

  • Mengurus dan memproses permohonan baharu serta pembaharuan lesen premis perniagaan.
  • Mengurus dan memproses permohonan baharu serta pembaharuan permit perniagaan sementara dan lesen penjaja.
  • Menyelaras dan memantau tindakan kawalan aktiviti perniagaan berdasarkan Undang-Undang Kecil Pelesenan MPS.

 

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB

1. Bahagian Lesen Premis & Iklan

  • Menguruskan permohonan lesen tred perniagaan dan iklan.
  • Menguruskan permohonan lesen kritikal iaitu hotel, kuari, pusat siber, rumah urut, refleksologi, barang lusuh dan pusat kecantikan.
  • Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis tred perniagaan, papan iklan dan premis hiburan bagi zon Gombak, Selayang, Kepong dan Rawang.
  • Membuat pemeriksaan dan penyediaan laporan permohonan lesen visual papan iklan luaran.
  • Menguruskan pembaharuan lesen / penarikan / penggantungan / pembatalan lesen, notis arahan penutupan premis.
  • Meluluskan lesen serta-merta dan menandatangani surat-surat kelulusan lesen serta-merta.
  • Bertanggungjawab menguatkuasakan pelesenan mengikut peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil MPS.

 

2. Bahagian Pengurusan Penjaja

  • Menguruskan permohonan permit sementara kategori sepanduk / banting, permit sementara hiburan awam, upacara keagamaan, bazar ramadan, Thaipusam, kaki lima, jualan buah-buahan bermusim, ekspo / promosi, kerusi meja di premis perniagaan, belon udara dan khemah perniagaan.
  • Menguruskan permohonan lesen dan permit bagi kategori gerai dan penjaja serta penjaja pasar malam, pasar harian dan pasar pagi.
  • Membuat pemeriksaan dan pemantauan lesen penjaja dan permit penjaja sementara.
  • Melaksanakan penjualan kupon permit perayaan, permit buah-buahan bermusim, permit meja lipat dan permit tebu / kelapa di tapak.
  • Menguruskan pengurusan penempatan penjaja.
  • Bertanggungjawab menguatkuasakan pelesenan mengikut peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil MPS.

 

3. Bahagian Pentadbiran & Pematuhan

  • Menguruskan hal ehwal pentadbiran Jabatan Pelesenan.
  • Menyelaras dokumentasi prosedur ISO, KIK dan lain-lain prosedur berkaitan kualiti jabatan.
  • Menyelaras tindakan pemotongan dan pembayaran cagaran bagi semua lesen-lesen perniagaan yang mempunyai cagaran termasuk Wang Tidak Dituntut (WTD).
  • Menyelaras program-program khas seperti program kepenggunaan dan alam sekitar, program bebas beg plastik dan lain-lain program yang berkaitan dengan jabatan.
  • Menyelaras dan mengemaskini sistem aduan serta menyediakan maklumbalas serta laporan yang berkaitan.
  • Bertanggungjawab menguatkuasakan pelesenan mengikut peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil MPS

 

HJ SHUKRI

Pengarah Jabatan

Haji Mohd Syukri Bin Abdullah Zawawi

 

Timbalan Pengarah

Zariman Bin Ibrahim

 

Ketua Kerani

Ida Nooraini Binti Alias

 

Bahagian / Unit

- Bahagian Lesen Premis Dan Iklan

- Bahagian Pengurusan Penjaja

- Bahagian Pentadbiran dan Pematuhan

 

Jumlah Kakitangan

57 orang

 

Sayap A, Tingkat 2

Menara MPS

03-6126 5934