MENU
 

Jabatan Landskap MPS bertanggungjawab mengendalikan penjagaan landskap dan taman rekreasi untuk menjadi salah satu fokus utama MPS dalam memastikan taman-taman awam dan tanaman di sekitar kawasan pentadbirannya terjaga dan terpelihara. Ia turut memperkasakan konsep pembangunan ‘Gaya Hidup Sihat Menjana Kesejahteraan Sosial’. Oleh itu, setiap pembangunan yang dirancang sentiasa mementingkan keperluan dan kemudahan awam khususnya ke arah pembangunan mental dan fizikal dengan pelaksanaan projek landskap.

 

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB

Jabatan Landskap MPS bertanggungjawab menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut :

  • Memproses permohonan kelulusan pelan landskap, permohonan sokongan CF, CCC dan pengambilalihan kawasan landskap.
  • Mengawal pembangunan landskap yang dilaksanakan oleh pemaju selaras dengan dasar dan garis panduan Jabatan Landskap Negara, garis panduan landskap MPS dan lain-lain yang berkaitan.
  • Mengawal dan mengurus selia kerja-kerja penyelenggaraan landskap menepati piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Majlis.
  • Memastikan projek-projek pembangunan landskap yang dibangunkan menepati garis panduan piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan oleh MPS.
  • Mengurus dan menyelesaikan aduan-aduan awam.
  • Menguatkuasakan undang-undang berkaitan kesalahan-kesalahan yang melibatkan Akta 172, Undang-Undang Kecil Taman dan lain-lain undang-undang yang berkaitan.
  • Mengurus tadbir produk dan kawasan-kawasan pelancongan dalam pentadbiran MPS.

 

 

Sidepanel Pengarah Jabatan Landskap 032023