MENU
 
Muzium Orang Asli Muzium Orang Asli Muzium Orang Asli

 

Muzium Orang Asli Gombak ialah sebuah muzium yang terletak di Jalan Gombak Lama, Selangor. Muzium ini mempamerkan sejarah dan tradisi masyarakat peribumi Orang Asli. Ia mula dibuka pada 29 September 1987 dan terletak di dalam kawasan Taman Warisan Negeri Selangor.

Muzium ini mempunyai galeri pameran, dewan mini teater, perpustakaan, dan kedai cenderamata. Antara kemudahan lain yang disediakan termasuk tandas, wakaf, dan kawasan parkir kenderaan. Artifak yang dipamerkan di sini merangkumi peralatan berburu seperti sumpit, peralatan memasak seperti belanga, rumah pondok, alat muzik tradisional, aksesori, dan pakaian.