MENU
 

 

Air Panas Air Panas

 

Kolam Air Panas Selayang merupakan tarikan popular bagi penggemar air panas semula jadi. Ia terletak di Kilometer 15, Jalan Ipoh Kuala Lumpur ke Rawang, dan terkenal dalam kalangan pelancong tempatan serta antarabangsa.

Kolam ini mempunyai empat kolam utama yang membekalkan air panas semula jadi dari sumber bawah tanah. Suhu air panas di sini adalah sekitar 48 hingga 53 darjah Celsius. Khasiat air panas semula jadi di kolam ini dipercayai dapat digunakan sebagai rawatan alternatif untuk merawat pelbagai jenis penyakit kulit apabila digunakan secara teratur dan berterusan.

Antara kemudahan yang disediakan di kawasan ini termasuk tandas, wakaf, kiosk makanan, dan tempat parkir kenderaan.