MENU
 

 

Batu Caves Batu Caves

 

 

Batu Caves merupakan tempat ibadat suci bagi kaum India beragama Hindu yang tinggal di Malaysia. Destinasi ini popular dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa. Batu Caves menjadi tumpuan semasa perayaan Thaipusam, terutama bagi penganut Hindu.

Batu Caves mempunyai tiga gua utama iaitu Gua Katedral, Gua Vilan, dan Gua Ramayana. Salah satu tarikan utama di sini adalah 272 anak tangga yang perlu didaki oleh pengunjung. Di kawasan ini juga terdapat Gua Gelap (Dark Caves), yang digunakan untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan. Batu Caves turut tersenarai sebagai salah satu geopark dalam Gombak-Hulu Langat Geopark. Kemudahan yang disediakan termasuk tandas, wakaf, kedai makan, dan tempat parkir kenderaan.