MENU
Tuan, Apakah ada rayuan dan pengurangan utk pembayaran kompaun letak kereta dalam tempoh 7hari bekerja dari tarikh kompuan dikeluarkan? Terima kasih

a. Pengurangan akan diberikan sebanyak 50% dari jumlah kompaun letak kereta tersebut. Terima kasih.

Ingin dapatkan borang 1 Notis Jualan atau Pindahmilik

a. Maaf. Soalan Tuan / Puan adalah tidak begitu terperinci. Tuan / Puan boleh mengajukan soalan - soalan di nombor 03-6126 5800. Terima kasih.

Jika saya kehilangan bil membayar cukai, bolehkah saya membayar cukai dengan menggunakan bil terdahulu sebagai rujukan no akaun?

a. Boleh. Tuan / Puan diminta untuk membawa / memberi bil tersebut di Kaunter Semakan Bangunan Majlis Perbandaran Selayang.
Semakan akan dilakukan dan Bil Terkini akan dicetak sebelum pembayaran dibuat. Terima Kasih.

salam.Saya amat berharap agar dapat menyewa gerai/ kiosk di mana-mana medan selera MPS. Bagaiaman boleh saya dapati maklumat tentang kekosongan dan bagaimana cara untuk memohon. Terima kasih

a. Tuan / puan boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Harta di talian 03-6126 5920/21 atau berhubung terus di Tingkat 3, Bahagian Pengurusan Harta MPS untuk mengetahui kekosongan premis yang boleh disewa. Tuan / puan perlu mengisi borang permohonan Harta Sewaan MPS yang boleh didapati di Kaunter Berpusat MPS. Terima Kasih

Saya merupakan jurujual dan gaji harian saya cuma rm50 satu hari. Baru-baru ini saya telah di saman atas kesalahan tiket tamat tempoh. Tiket saya sah sehingga 12.20pm tapi selepas habis urusan bank 12.25pm sy telah disaman sebanyak rm60 ringgit. Harap pihak berkuasa lebih prihatin dan memberikan tempoh tambahan sebanyak 10 minit. Kebiasaannya urusan bank saya hanya selama 30 minit. Tetapi hari itu staff ramai cuti dan sy terpaksa menunggu lama

a. Untuk makluman pihak tuan / puan, kadar kompaun adalah ditetapkan berdasarkan peruntukan undang2 yang telah diberikan. Kadar bayaran tiket hanyalah RM0.50 sejam.

Bagi kompaun letak kereta yang dikeluarkan, Pihak MPS menawarkan autorayuan sebanyak 50% dalam tempoh 60 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan. Oleh itu, pihak tuan / puan dinasihatkan supaya datang segera ke Kaunter Berpusat untuk urusan tersebut. Terima Kasih

Bagaimana cara untuk memohon gerai atau kiosk medan selera MPS. Bagaimana cara untuk mengetahui tentang kekosongan gerai berkenaan. Terima kasih

a. Tuan / puan boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Harta di talian 03-6126 5920/21 atau berhubung terus di Tingkat 3, Bahagian Pengurusan Harta MPS untuk mengetahui kekosongan premis yang boleh disewa. Tuan / puan perlu mengisi borang permohonan Harta Sewaan MPS yang boleh didapati di Kaunter Berpusat MPS. Terima Kasih

Selamat sejahtera tuan/puan, Berhubung perkara di atas, saya merupakan pelajar program sains komputer yang akan melaksanakan latihan industri. Saya ingin menanyakan beberapa soalan. Adakah syarikat tuan/puan mengambil pelajar program sains komputer yang ingin membuat latihan industri? Jika ada, apakah kelayakan (qualification) yang diperlukan? apakah jenis kerja/tugas atau bidang kerja/tugas yang akan pelajar lakukan di syarikat tuan/puan? apakah kemudahan yang akan pelajar terima (seperti kediaman/pengangkutan) ? jika ada keterangan lain, sila nyatakan. kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

a. Untuk pengetahuan tuan/puan, pihak MPS sedia menerima pelajar-pelajar praktikal jurusan Sains Komputer. Walaubagaimanapun pihak MPS tidak menyediakan elaun atau apa-apa bayaran sepanjang tempoh latihan praktikal. Segala tugas-tugas dan arahan kerja bergantung kepada Jabatan/Bahagian dimana pelajar ditempatkan.

Bagaimanakah cara-cara untuk menukar nama rumah kepada anak setelah kematian bapa? Boleh terangkan/nyatakan prosedur-prosedur yang perlu dibuat untuk menukar nama rumah (pusaka)? Berapa lamakah masa yang diambil untuk proses ini? Bolehkah proses ini dibuat melalui pos?iaitu menghantar borang melalui pos?

a. Sila berhubung dengan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta untuk maklumat lanjut berhubung perkara di atas di talian 03-61265904.

Bagaimana saya boleh menempah gelanggang badminton?

a. Anda perlu pergi ke pejabat Cawangan Stadium Majlis Perbandaran Selayang di mana anda dikehendaki untuk mengisi borang untuk menggunakan perkhidmatan kami.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-6120 2962. Terima kasih.

 

Halaman-halaman