MENU

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS bertanggungjawab menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut :

  • Mengurus dan mengawal selia kerja-kerja perkhidmatan bandar seperti pemungutan dan pelupusan sisa pepejal, sampah pukal, pembersihan longkang, penyapuan jalan dan pemotongan rumput.
  • Memproses dan memberi ulasan pelan bangunan bagi rumah dan kebuk sampah, surat sokongan dan sijil layak menduduki.
  • Melaksanakan tugas-tugas kawalan serta pencegahan vektor dan lain-lain penyakit berjangkit yang berkaitan.
  • Menyelaras aktiviti kawalan alam sekitar dalam bentuk penguatkuasaan dan kempen-kempen kesedaran awam.
  • Menyelaraskan permohonan permit papan iklan bagi pemutihan & permohonan baru.

 

Bahagian Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

  • Bertanggungjawab dalam mengawal selia bidang pemungutan dan pembuangan sampah, pembersihan longkang, sapuan jalan, pemotongan rumput dan kerja-kerja berkaitannya.
  • Bertanggungjawab bagi mengatasi semua aduan-aduan sampah-sarap, pemotongan rumput, pembersihan longkang dan sebagainya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pembersihan.
  • Bekerjasama dengan jabatan dalaman dan luaran mengatasi tempat pembuangan sampah haram.
  • Menyelaras aktiviti kawalan alam sekitar dalam bentuk penguatkuasaan dan kempenkempen kesedaran awam.
  • Membuat pembersihan rumah / lot terbiar secara in-house selepas notis pembersihan gagal dipatuhi.
  • Memproses dan memberi ulasan pembangunan bagi kebuk sampah, surat sokongan dan sijil layak menduduki.

 

Bahagian Kesihatan Awam

Unit Kawalan Mutu Makanan

  • Membuat pemeriksaan premis berlesen.
  • Menjalankan penggredan premis makanan berlesen secara berjadual.
  • Melaksanakan operasi penutupan ke atas premis makanan yang tidak suci.
  • Menjalankan siasatan aduan berkaitan premis makanan dan mengambil tindakan.
  • Menjalankan Penguatkuasaan Dibawah Undang-undang Kecil Pelesenan Establishment Makanan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 2007 Dan Undang-undang Kecil Pengendali Makanan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 2007.
  • Menjalankan Pemeriksaan Rutin Harian Bagi Kebersihan Tandas Premis Makanan.
  • Membuat Penarafan Bintang Ke Atas Tandas Premis Makanan.
  • Pemantauan Kontrak Pembersihan Pasar, Medan Selera dan Tandas Gerai Majlis.

Unit Kawalan Mutu Makanan

  • Memantau, mengatur dan menyelia kerja-kerja penyelenggaraan perangkap minyak komunal di kawasan Majlis Perbandaran Selayang termasuk pemantauan di tapak.
  • Memantau, mengatur dan menyelia kerja-kerja penyelenggaraan longkang besar di kawasan Majlis Perbandaran Selayang termasuk pemantauan di tapak.

 

 

 

 

Sidepanel Pengarah Jabatan JPSPK

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.