| Unit Integriti MPS telah ditubuhkan selaras dengan SP 1.2 Struktur dan Model Perjawatan - Ceraian SP.1.2.1 Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. Objektif penubuhan Unit Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti dalam organisasi.   FUNGSI & TANGGUNGJAWAB Unit Integriti MPS bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut : 
Merancang dan melaksana Tadbir Urus yang terbaik dilaksanakan di Majlis Perbandaran Selayang bagi  menyampaikan perkhidmatan yang efisen.Merancang, merangka dan meneliti pembudayaan, penginstituan dan pelaksanaan integriti dalam organisasi  supaya dapat mewujudkan sikap bekerjasama, bersatu padu dan berintegriti.Merancang, meneliti pengesanan dan pengesahan aduan salahlaku jenayah diambil tindakan susulan sewajarnya serta melaporkan ke pihak bertanggungjawab.Merancang dan meneliti pengurusan aduan diambil tindakan berdasarkan aduan/maklumat bagi menangani salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.Merancang, memantau dan mengendalikan  pematuhan terhadap   undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa bagi mengurangkan salahlaku tatakelakuan dalam organisasi.Merancang dan melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib bagi membentuk sikap yang positif dan mencegah diri daripada berlakunya penyelewengan dalam organisasi. |  |