- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) terletak di Kepong, Selangor, dengan keluasan 600 hektar dan dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong. FRIM menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti rekreasi, pendidikan umum, perkhemahan, meninjau burung, menjelajah hutan, fotografi, dan berbasikal. Selain itu, FRIM juga menjadi lokasi popular bagi penggemar alam semula jadi. FRIM turut mempunyai Forest Skywalk yang terletak di Taman Botani Kepong (KBG). Titik tertinggi struktur ini adalah 141 meter di atas paras laut. Ia dibina menggunakan aluminium, diperkuatkan dengan tiub keluli, dan disokong oleh tali pengikat. Antara kemudahan yang disediakan di sini termasuk tandas, surau, wakaf, padang, dewan, kedai makan, dan tempat parkir kenderaan. |