- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
|
Jabatan Khidmat Pengurusan MPS bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus sumber Jabatan yang meliputi perjawatan, pengurusan maklumat Sistem HRMIS, sumber manusia, modal insan, logistik, pentadbiran, pembekalan dan aset bagi memastikan fungsi dan perkhidmatan Jabatan dapat disampaikan kepada pelanggan dengan lancar dan berkesan.
FUNGSI & TANGGUNGJAWAB Di Jabatan Khidmat Pengurusan terdapat lima (5) bahagian dan menjalankan fungsi-fungsi seperti berikut : Bahagian Perjawatan dan Organisasi Mengurus dan memantau perancangan sumber manusia, perjawatan, pembangunan organisasi dan pengurusan maklumat dalam Sistem HRMIS. Bahagian Sumber Manusia Menguruskan hal ehwal sumber manusia seperti urusan pengambilan dan perlantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kenaikan pangkat, gaji dan elaun, pengurusan cuti, pencen, pinjaman perumahan dan tatatertib kakitangan MPS. Bahagian Lantikan dan Kompetensi Menguruskan dan menyelia latihan kakitangan seperti kursus / seminar dan peperiksaan serta kompetensi untuk kakitangan MPS. Bahagian Pentadbiran Mengurus dan memantau pengurusan Taska, kenderaan, khidmat sokongan, khidmat kaunter, perkhidmatan kuarters dan perlindungan insurans serta urusan panel perubatan kakitangan, Ahli Majlis dan tanggungan. Bahagian Khidmat Pengurusan Menguruskan pembekalan aset dan stok bekalan pejabat termasuk perolehan dan pembayaran bagi perkhidmatan dan pembekalan. |
Pengarah Jabatan Mazurah Binti Mohamed
Timbalan Pengarah Su @ Noor Hafizah Binti Mohamad Lasim
Ketua Kerani Atiqah Binti Yahya Nor Azila Binti Mahamad Alias Mohd Hazrin Bin Abu Hassan Rizwana Binti Mohd Sulaiman
Bahagian / Unit - Bahagian Sumber Manusia - Bahagian Penjawatan Dan Organisasi - Bahagian Latihan Dan Kompetensi - Bahagian Pentadbiran - Bahagian Khidmat Pengurusan - Bahagian Registri Dan Rekod
Jumlah Kakitangan 76 orang
Sayap A, Tingkat 7 Menara MPS 03-6126 5811
|
.