MENU
 

Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan MPS bertanggungjawab mengendalikan beberapa aktiviti utama iaitu menyediakan dokumen tender dan sebutharga, menguruskan penjualan dokumen tender dan sebutharga termasuk menyediakan notis iklan, menyediakan laporan penilaian sebutharga/tender, menyemak dokumen kontrak, urusetia mesyuarat jawatankuasa sebutharga dan tender, mesyuarat jawatankuasa teknikal, kewangan, perunding dan urusetia pelupusan aset.

Pengurusan Perolehan Majlis Perbandaran Selayang diuruskan secara terbaik dan paling menguntungkan dengan mematuhi prinsip perolehan seperti akuantabiliti awam, telus, nilai faedah terbaik serta saingan secara terbuka, adil dan saksama. Majlis telah melaksanakan tender dan sebutharga secara terbuka untuk memberi peluang kepada kontraktor untuk membuat tawaran bagi kerja-kerja yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Selayang selain mewujudkan saingan secara sihat dan pemilihan ke atas kos yang menguntungkan Majlis. Majlis juga memastikan pelaksanaan kerja dapat dibuat dengan sempurna.

 

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB

Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan MPS  bertanggungjawab menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut :

  • Menguruskan proses tender dan sebutharga bagi perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan termasuk membuat kajian harga pasaran.
  • Menguruskan penyediaan dokumen kontrak bagi perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan.
  • Urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Tender, Jawatankuasa Sebutharga dan Jawatankuasa Penilaian Perunding.

 

Sidepanel Pengarah Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan 032023

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.