MENU
 

Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPS bertanggungjawab mengendalikan 3 aktiviti utama iaitu mendaftar profil kawasan pemajuan berstrata, menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body), memantau mesyuarat agung (AGM/EGM) Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body) & Perbandanan Pengurusan (Management Corporation) dan mendaftar serta melaksanakan perakuan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body).

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB

Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPS bertanggungjawab menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut :

  • Mengurus dan mengawal selia penubuhan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body) dan Perbadanan Pengurusan (Management Corporation) bagi pengurusan dan penyenggaraan harta bersama skim pemajuan berstrata.
  • Menguatkuasakan peruntukan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).
  • Melaporkan status Badan Pengurusan dan Skim Pemajuan Berstrata kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kerajaan Negeri (LPHS) serta Agensi lain yang berkaitan.
Side Panel COB

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.