- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Selayangku Sayang.
Terlebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan kudrat, iradat dan inayah-Nya, kita dapat mengharungi tahun 2022 di mana MPS telah menyambut 25 Tahun Penuh Kemakmuran dengan lancar dan jayanya serta diberi keizinan untuk melangkah ke tahun 2023.
Sejahtera, Makmur, Bersama merupakan moto MPS pada tahun 2023. Saya berharap moto ini dapat disemai dalam setiap diri masing-masing sebagai warga MPS agar kita dapat merancang untuk melaksanakan agenda MPS yang mampan selaras dengan semangat dalam memperkasakan kecekapan perkhidmatan MPS kepada seluruh penduduk Selayang.
MPS komited dalam menyampaikan pelbagai maklumat khususnya berkaitan perkhidmatan dan program yang dilaksanakan kepada masyarakat di pentadbiran Selayang. Pelbagai program telah dilaksanakan terus kepada masyarakat dan MPS yakin dapat terus menyampaikan perkhidmatan dan mutu yang jitu pada tahun 2023 ini.
Sehubungan itu, kejayaan yang telah dicapai oleh MPS pada tahun lalu akan terus dijadikan sebagai ukuran dan dipertahankan dalam mencapai kejayaan-kejayaan yang seterusnya. MPS akan sentiasa bersiap siaga dengan menggembleng tenaga dalam mendepani pelbagai cabaran pada tahun ini.
Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2023. MPS akan memastikan penyampaian perkhidmatan perbandaran adalah berterusan dan terbaik kepada masyarakat di seluruh pentadbiran Selayang.
Sekian, terima kasih.