Selayang adalah merupakan kawasan yang masih mengekalkan kawasan hijau dan berpotensi menjadi kawasan pelancongan yang berasaskan eko-pelancongan yang menarik iaitu Hutan Lipur Bukit Lagong. Pembangunan pelbagai kemudahan rekreasi dan pelancongan secara tidak langsung membantu mengurangkan lawatan keluar penduduk untuk tujuan rekreasi dan menambahkan satu lagi sektor ekonomi Selayang. Di Bukit Lagong pelbagai kemudahan telah disediakan oleh MPS seperti wakaf, gerai buah, tandas, dua jambatan dan juga bilik persalinan.Sebanyak RM450,000.00 telah dibelanjakan untuk memberikan keselesaan kepada para pengunjung. |