MENU
 
MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2025

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2025

29 Oktober 2025 | Lobi Menara, MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Oktober 2025 yang berlangsung di Lobi Menara MPS.

Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS dalam ucapannya telah melahirkan rasa bangga atas pencapaian MPS yang terus cemerlang apabila berjaya meraih Tempat Kedua dalam Kempen Premis Makanan Bersih sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia KPKT 2025. Satu lagi pengiktirafan besar yang menjadi bukti komitmen MPS dalam memastikan kebersihan dan keselamatan makanan di premis-premis sekitar Selayang sentiasa berada pada tahap terbaik.

Majlis turut diserikan dengan acara penyampaian sijil penghargaan dan trofi kemenangan bagi Pertandingan Kempen Premis Makanan Bersih KPKT 2025 serta penyampaian hadiah kejohanan karom MAKSAK.

Turut hadir, Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS; Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Korporat; Ahli Majlis, Pengarah-pengarah Jabatan serta warga kerja MPS yang bersama-sama memeriahkan majlis.

Event Date: 
Rabu, 29 Oktober 2025 - 9:30am