- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
TAKLIMAT KEWANGAN & PENGURUSAN HARTA ANJURAN ANULAE CAWANGAN MPS
27 Oktober 2025 | Dewan Keraian, Menara MPS
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui ANULAE Cawangan MPS dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Zurich Takaful Malaysia Berhad telah menganjurkan dua sesi taklimat bertujuan memberi pendedahan serta kefahaman kepada warga kerja MPS berkaitan pengurusan kewangan dan perancangan harta pusaka.
Sesi pertama bertajuk “Taklimat Pengurusan Harta Pusaka” telah disampaikan oleh Encik Irfannur Naqib bin Mohd Jefree, Pengurus Agensi Zurich Takaful Malaysia Berhad, diikuti dengan sesi kedua “Taklimat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)” oleh Encik Ahmad bin Mohd Idris, Pegawai Perhubungan Pelaburan KWSP.
Kedua-dua sesi yang diadakan di Dewan Keraian, Menara MPS ini melibatkan seramai 70 orang peserta bagi setiap sesi, disusuli dengan pembukaan booth KWSP di lobi Menara MPS bagi memberi peluang kepada warga kerja mendapatkan khidmat nasihat dan maklumat lanjut berkaitan akaun serta pelaburan KWSP.
Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga kerja MPS mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang terancang dan langkah bijak dalam merancang masa depan serta kebajikan keluarga.