- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
MPS TERIMA AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS)
21 Oktober 2025 | Menara MPS
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima kunjungan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) yang dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).
Audit ini dijalankan bagi menilai tahap pematuhan terhadap prosedur ISMS mengikut keperluan ISO/IEC 27001:2022, khususnya bagi Sistem Tender Online Selangor.
Pasukan juruaudit terdiri daripada Puan Nurdahlia binti Abdul Jalal, Puan Tuan Zaharah binti Raja Soh, dan Puan Nor Kamilah binti Othman dari Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).
Turut hadir semasa sesi audit ialah Puan Zanariah binti Md Zin, Pengarah Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan dan Puan Zuriati binti Karia, Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat. Kehadiran pengarah jabatan MPS menunjukkan komitmen berterusan pihak pengurusan dalam memastikan pelaksanaan ISMS di MPS berjalan lancar dan mematuhi piawaian keselamatan maklumat yang ditetapkan.
Pelaksanaan audit dalaman ini bertujuan memastikan pengurusan keselamatan maklumat di MPS berada pada tahap terbaik, selain mengenal pasti ruang penambahbaikan serta memastikan keberkesanan kawalan keselamatan maklumat di peringkat jabatan.
Menerusi audit ini, MPS akan terus menunjukkan komitmen dalam memperkukuh tadbir urus keselamatan maklumat dan memastikan sistem perkhidmatan digital MPS sentiasa selamat, cekap serta selaras dengan standard antarabangsa.