- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
LAWATAN PROJEK TPPM DI DESA AMAN PURI TANDA KOMITMEN KE ARAH PENYELENGGARAAN PRASARANA YANG LEBIH BAIK
15 Oktober 2025 | Desa Aman Puri
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menyertai Lawatan Projek Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) di Pangsapuri Desa Satu, Desa Aman Puri.
Lawatan yang diketuai oleh YBhg. Pua Pei Ling; Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan, bersama Tuan Cheong Heng Wai; Ahli Majlis MPS Zon 23, diadakan bagi meninjau pelaksanaan kerja penggantian lif di bawah bantuan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi tahun 2024/2025.
Menurut pihak Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan Unit Urus Selenggara Bangunan (USB), sebanyak tiga (3) unit lif telah diganti pada tahun 2024, manakala lima (5) unit lagi dijadualkan untuk pelaksanaan pada tahun 2025.
YBhg. Pua Pei Ling turut menzahirkan penghargaan kepada penduduk atas sokongan mereka serta mengucapkan terima kasih kepada KPKT dan jabatan terlibat dalam menjayakan program TPPM ini. Beliau juga mencadangkan agar pihak COB MPS berkolaborasi dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dalam menyelaras senarai permohonan bantuan penyelenggaraan perumahan kos rendah.
Tuan Cheong Heng Wai; Ahli Majlis Zon 23, turut menyatakan komitmen kerajaan dalam membantu skim perumahan kos rendah, khususnya dalam menangani isu kerosakan lif yang kritikal demi kesejahteraan penduduk.