- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
ACARA PELEPASAN PESERTA PROGRAM KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH GOMBAK TAHUN 2025
23 September 2025 | Lobi Menara MPS
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Gombak Tahun 2025 yang berlangsung pada 23-25 September 2025. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Gombak dan Pejabat Pendidikan Daerah Gombak.
Acara pelepasan peserta barlangsung di pekarangan Menara MPS melibatkan seramai 50 orang pelajar dari lima buah sekolah menengah sekitar perbandaran Selayang yang telah terpilih untuk menyertai program ini yang akan berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Pasir Puteh Resort, Kalumpang, Hulu Selangor.
Acara pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS. Turut hadir ialah Encik Ahmad Fauzi bin Ishak, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPS; Encik Naresh Kumar a/l Thangayah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gombak; Ketua-ketua WHIP MPS serta wakil-wakil jabatan dan agensi daerah Gombak.
MPS menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan agar para peserta dapat memanfaatkan peluang yang diberikan dengan sebaiknya, seterusnya menjadi generasi belia yang berdisiplin, berdaya saing serta mampu memberi sumbangan positif kepada komuniti dan negara.