- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
HARI KEDUA KARNIVAL EKSTREM GUA DAMAI TARIK LEBIH RAMAI PENGUNJUNG
21 September 2025 | Taman Ekstrem Gua Damai
Kemeriahan Karnival Ekstrem Geopark Gua Damai 2025 diteruskan pada hari kedua dengan sambutan luar biasa daripada orang ramai. Lebih 4,000 pengunjung hadir sejak hari pertama, termasuk mereka yang turut serta dalam Temasya Seni Budaya dan Warisan Selangor @ Gombak.
Pelbagai aktiviti ekstrem dan rekreasi telah mewarnai karnival ini pada hari kedua, antaranya rock climbing, flying fox kanak-kanak, tree climbing, abseiling, memanah, serta pelbagai aktiviti riadah lain yang sesuai untuk semua peringkat umur. Kehadiran pengunjung daripada pelbagai latar belakang menjadikan Taman Ekstrem Gua Damai lokasi yang penuh dengan kegembiraan, semangat, dan pengalaman baharu.
Suasana pagi turut dimeriahkan dengan senaman tari dan zumba beramai-ramai yang disertai oleh para pengunjung dengan penuh semangat, sekali gus mewujudkan suasana ceria dan mesra. Selain itu, acara cabutan bertuah yang dinanti-nantikan turut menambah keterujaan apabila para peserta menunggu dengan penuh debaran untuk membawa pulang hadiah menarik yang disediakan penganjur.
Karnival ini bukan sahaja menjadi medan mencabar fizikal dan mental, malah turut mengukuhkan peranan Taman Ekstrem Gua Damai sebagai destinasi ekopelancongan dan rekreasi utama di Selangor.
Semoga Karnival Ekstrem Geopark Gua Damai terus menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan, serta menjadi pemangkin pembangunan pelancongan, ekonomi dan komuniti setempat.