- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
OPERASI BERSEPADU HALANGAN DAN KENDERAAN BERAT BERJAYA DILAKSANAKAN DI GOMBAK
9 Oktober 2025 | Gombak
Operasi Bersepadu Halangan dan Kenderaan Berat telah dijalankan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak (IPD Gombak) bagi menangani isu halangan awam serta kesalahan melibatkan kenderaan berat di sekitar daerah Gombak.
Operasi yang berlangsung dari jam 8:30 malam hingga 12:00 tengah malam itu melibatkan seramai 58 anggota keseluruhan, terdiri daripada JPJ seramai tujuh (7) anggota, IPD Gombak lapan (8) anggota, dan MPS seramai 43 kakitangan. Operasi bersepadu tersebut diketuai oleh Tuan Muhammad Noor Salehuddin bin Kamis, Timbalan Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MPS.
Kawasan tumpuan operasi ialah Persiaran Tun Teja Utama (Taman Tun Teja), Taman Velox, dan Jalan Besar Sungai Tua. Menerusi operasi tersebut sebanyak 31 kompaun telah dikeluarkan oleh JPJ, manakala MPS mengeluarkan lima (5) kompaun tambahan melibatkan pelbagai kesalahan trafik dan perniagaan.
Selain itu, empat (4) tindakan sitaan turut dilaksanakan oleh MPS dalam operasi berasingan yang menumpukan kepada aktiviti halangan awam seperti kerusi dan meja di kaki lima premis perniagaan serta perniagaan urut tradisional tanpa lesen.
Dua khemah yang didapati menjalankan perniagaan urut tanpa permit turut dikenakan tindakan di bawah UKK 3, melibatkan pemilik warga asing. Operasi ini dijalankan bagi memastikan peraturan perbandaran sentiasa dipatuhi dan kawasan sekitar kekal selamat serta teratur untuk kegunaan awam.
MPS akan terus mempergiat operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasa lain bagi memastikan undang-undang dapat dikuatkuasakan secara menyeluruh.