MENU
 
PROGRAM BIG GIRL'S TALK MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG TAHUN 2025

PROGRAM BIG GIRL'S TALK MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG TAHUN 2025

14 Ogos 2025 | SMK Taman Desa 2, Bandar Country Homes

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama SMK Taman Desa 2, Bandar Country Homes, Rawang telah menganjurkan Program Big Girls’ Talk MPS 2025 pada 14 Ogos 2025. Program ini menghimpunkan seramai 60 orang pelajar perempuan Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 bagi membincangkan isu kesedaran sosial, kesihatan mental dan pembentukan jati diri positif.

Sesi perkongsian utama telah disampaikan oleh Puan Jamaida Binti Jamaludin, Timbalan Pengurus Seksyen Pengurusan Psikologi & Kaunseling, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang juga merupakan kaunselor berdaftar dengan kepakaran dalam terapi seni, kaunseling individu dan kelompok. Turut hadir ke majlis ini Encik Ahmad Fauzi bin Ishak, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JPM) MPS.

Menggunakan pendekatan terapi seni (art therapy), peserta dibimbing melalui lima modul interaktif iaitu Scribble, Body Tracking, Love Mapping, Mandala serta Awan & Alam bagi membantu menganalisis isu peribadi, membina kesedaran kendiri dan meningkatkan keyakinan.

Hasil penilaian bersama Unit Kaunseling Sekolah mendapati terdapat keperluan untuk susulan bimbingan bagi memastikan kesejahteraan emosi dan sosial para peserta terus terpelihara. Langkah ini akan membantu mereka mengaplikasikan ilmu yang diperoleh sepanjang program dengan lebih berkesan dalam kehidupan seharian.

Program Big Girls’ Talk MPS 2025 berjaya memberi inspirasi kepada remaja perempuan untuk lebih mengenali potensi diri, membina keyakinan dan melangkah ke hadapan sebagai generasi yang berilmu, berakhlak serta berdaya saing.

Event Date: 
Khamis, 14 Ogos 2025 - 5:00pm