- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT DALAMAN MPS 2025
30 Julai 2025 | Dewan Beringin, Seri Gombak
Pasukan Bola Jaring Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Pertandingan Bola Jaring Peringkat Dalaman MPS Tahun 2025 pada 30 Julai 2025 bertempat di Dewan Beringin, Seri Gombak. Pertandingan ini telah disertai oleh lima pasukan melibatkan lebih 50 orang kakitangan wanita MPS.
Penganjuran acara ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan keseimbangan antara kerjaya serta kehidupan (work-life balance) dalam kalangan warga kerja MPS. Di samping itu, pertandingan ini juga menjadi platform bagi memupuk semangat kesukanan, nilai kerjasama dan semangat berpasukan antara kakitangan MPS.
Pasukan Tuah telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150. Penyerahan mock-up cheque kepada pasukan pemenang telah disempurnakan oleh Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Pelesenan merangkap Pengurus Pasukan Bola Jaring MPS.
Pertandingan ini turut mencapai objektif utama penganjuran apabila beberapa pemain telah dikenalpasti berpotensi untuk mewakili MPS dalam temasya Sukan Badan-Badan Berkanun (SUKANUN) 2025 yang akan berlangsung pada 7 hingga 14 September 2025 di UiTM Seri Iskandar, Perak.
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang pertandingan. Melihat kepada sambutan yang amat menggalakkan, MPS berhasrat untuk meneruskan penganjuran acara seumpama ini pada masa akan datang.