MENU
 
MAJLIS PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN PENGUAT KUASA MPS KE-43

MAJLIS PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN PENGUAT KUASA MPS KE-43

18 Julai 2025 | Dataran MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Majlis Perbarisan sempena Sambutan Bulan Penguat Kuasa MPS kali ke-43 yang berlangsung di Dataran MPS.

Sambutan ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada seluruh anggota penguat kuasa dan keselamatan MPS atas komitmen serta dedikasi mereka dalam meningkatkan mutu perkhidmatan demi kecemerlangan organisasi dan kesejahteraan komuniti.

Majlis dimulakan dengan perbarisan kawad hormat sebelum diteruskan dengan gimik perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPS, Tuan Shahman bin Jalaludin, diiringi oleh Tuan Faisal bin Badiuzaman, Pengarah Jabatan Penguat Kuasa dan Keselamatan MPS.

Sebagai pengiktirafan atas prestasi cemerlang, majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Khas Penguat Kuasa MPS bagi kategori Individu Terbaik dan Zon/Unit Terbaik tahun 2024.

Acara turut diserikan dengan persembahan kawad formasi, nyanyian serta tarian perang oleh anggota penguat kuasa MPS yang penuh bersemangat, mencerminkan tahap disiplin tinggi dan semangat juang dalam menjalankan tanggungjawab dengan amanah.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan Ahli Majlis, para pengarah jabatan serta warga kerja MPS.

Event Date: 
Jumaat, 18 Julai 2025 - 8:45am