- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
MAJLIS JALINAN SINERGI DAN APRESIASI RAKAN STRATEGIK PLATFORM SELANGOR
15 Julai 2025 | Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Majlis Jalinan Sinergi dan Apresiasi Rakan Strategik PLATS telah dianjurkan oleh Platform Selangor (PLATS) dengan kerjasama Menteri Besar Incorporated (MBI) sebagai tanda penghargaan kepada semua rakan strategik yang menjalin sinergi dalam memperkukuh ekosistem digital di Negeri Selangor.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.
Turut hadir mewakili Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ialah YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS dan Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Pelesenan merangkap Pegawai Pembangunan Usahawan MPS.
MPS telah menerima plak dan sijil penghargaan daripada pihak PLATS sebagai pengiktirafan atas komitmen dalam memacu inisiatif pendigitalan perniagaan, menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus menyumbang kepada agenda Selangor sebagai Negeri Pintar.
Majlis ini mencerminkan jalinan kerjasama yang erat antara PLATS, kerajaan negeri, agensi berkaitan serta 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor dalam usaha memperkukuh pembangunan ekonomi digital yang inklusif dan mampan.