MENU
 
MAJLIS PERASMIAN KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN PERINGKAT MPS 2025

MAJLIS PERASMIAN KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG TAHUN 2025

12 Julai 2025 | Seri Selera MPS Sungai Pusu, Gombak

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Majlis Perasmian Kempen Kesihatan Persekitaran Peringkat MPS Tahun 2025 pada 12 Julai 2025 bertempat di Seri Selera MPS Sungai Pusu, Gombak, sebagai langkah menyokong inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Kempen Kesihatan Persekitaran KPKT 2025.

Majlis perasmian yang dihadiri seramai 150 orang peserta ini telah disempurnakan oleh Tuan A. Rahim bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Penyelaras DUN Gombak Setia. Turut sama dalam majlis ini, YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, Puan Ts. Rahayu binti Abu Bakar, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran, KPKT; Ahli Majlis, Pengarah Jabatan dan wakil komuniti setempat.

Kempen ini diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kebersihan dan kesihatan awam, serta memperkukuh kerjasama komuniti dalam mencegah penyakit berjangkit dan menjaga alam sekitar. Sebagai simbolik perasmian, majlis turut menyaksikan penyerahan peralatan seperti tong sampah, apron, topi serta alat perangkap tikus kepada wakil-wakil peniaga Seri Selera MPS Sungai Pusu dan Persatuan Pasar Selayang Baru.

Majlis diteruskan dengan aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan melibatkan penglibatan aktif komuniti setempat. MPS berharap kempen ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat serta menggalakkan penglibatan aktif dalam usaha pencegahan secara berterusan.

Event Date: 
Sabtu, 12 Julai 2025 - 8:30am