MENU
 
MESYUARAT MAJLIS MPS BIL.6-2025

Mesyuarat Majlis MPS Bil.6/25

23 Jun 2025 | Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS

Mesyuarat Majlis Bil.6/25 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah berlangsung pada 23 Jun 2025 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.

Mesyuarat majlis ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS. Dalam ucapan beliau, Tuan TYDP telah berkongsi prestasi perbelanjaan dan kejayaan-kejayaan yang diraih disepanjang bulan Jun 2025.

Hadir sama dalam mesyuarat ini ialah Yang Dihormatkan Dato’ Paduka Raja Dato’ IR. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak; Ahli Majlis MPS, barisan Pengarah Jabatan MPS dan pihak media.

Event Date: 
Isnin, 23 Jun 2025 - 9:45am