- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
PAWE SUNGAI TUA KINI TELAH BEROPERASI
16 Jun 2025 | Sungai Tua, Gombak
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sungai Tua secara rasminya memulakan operasinya pada 16 Jun 2025 dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, dengan sambutan menggalakkan dimana seramai 68 orang warga emas telah hadir
menyertai pelbagai aktiviti yang telah disediakan.
Antara pengisian program termasuk senaman Chairobic, iaitu senaman ringan yang dilakukan dalam keadaan duduk dan sesuai untuk membantu warga emas mengekalkan tahap kecergasan secara selamat dan menyeronokkan.
Turut diadakan ialah sesi interaktif “Kenali Diri”, di mana setiap peserta mengisi borang soal selidik ringkas bagi mengenal pasti minat, kecenderungan dan kesukaan masing-masing. Melalui aktiviti ini ianya turut membantu pihak pengurusan PAWE untuk merancang aktiviti yang lebih bersesuaian untuk ahli PAWE.
Majlis Perbandaran Selayang mengalu-alukan penyertaan warga emas berusia 60 tahun ke atas untuk menjadi ahli PAWE Sungai Tua. Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut: https://rb.gy/46wu3e atau hubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat MPS di talian 011-6222 2374 untuk maklumat lanjut.