MENU
 
MAJLIS PENYERAHAN CENDERAHATI TONG SAMPAH KEPADA PEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Majlis Penyerahan Cenderahati Tong Sampah Kepada Pembayar Cukai Taksiran Bagi Tahun 2025 pada 5 Mei 2025 bertempat di Lobi Menara MPS.

Majlis penyerahan ini diadakan bagi menzahirkan penghargaan kepada pemilik harta di kawasan pentadbiran MPS yang telah menjelaskan bayaran penuh cukai taksiran bagi tahun 2025. Ianya juga merupakan sebahagian daripada inisiatif susulan Pelaksanaan Semakan Semula Kadar Cukai Taksiran Tahun 2025.

Penyerahan cenderahati tong sampah Mobile Garbage Bin (MGB) 80 liter telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS kepada penerima terpilih.

Turut sama dalam majlis ini, Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; Ketua Whip dan barisan pengarah.

Event Date: 
Isnin, 5 Mei 2025 - 3:30pm