- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
Program GRS diteruskan dengan sesi Makan Malam bersama Ketua-Ketua Agensi Daerah Gombak sebagai simbol kebersamaan dan sokongan padu semua agensi dalam memperkasa pembangunan daerah. Keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor menyerlahkan keprihatinan serta sokongan berterusan institusi Diraja terhadap komitmen barisan kepimpinan dan penjawat awam dalam menyantuni rakyat serta memacu kemajuan Daerah Gombak.
Majlis makan malam ini turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shaari, Dato’ Menteri Besar Selangor; Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pegawai Daerah Gombak; Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang; serta ketua-ketua agensi peringkat daerah.