MENU
 
LAWATAN JABATAN KESIHATAN & ALAM SEKITAR  (DBKL) KE JPSPK (MPS)

 

LAWATAN JABATAN KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) KE JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN KESIHATAN, MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima lawatan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 19 Februari 2025.

Lawatan seramai enam orang yang diketuai oleh TPK Dr. Nor Halizam binti Ismail ini bertujuan untuk melihat skop pembersihan perangkap minyak berpusat (CGT) menggunakan lori ‘suction & jetter’ oleh kontraktor serta kaedah pemantauan penyelenggaraan oleh jabatan. Taklimat mengenai tatacara pengurusan di Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS telah turut disampaikan oleh Pengarah, TS Hairudin bin Daud.

Semoga lawatan kerja ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan pada masa akan datang.

Event Date: 
Rabu, 19 Februari 2025 - 11:30am