- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
LAWATAN PENANDA ARAS MPS KE MAJLIS PERBANDARAN KULIM KEDAH DAN KULIM INDUSTRIAL CORRIDOR (KIC)
Majlis Perbandaran Selayang dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menyertai bengkel dan lawatan penandaarasan ke Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) pada 15 – 17 Januari 2024.
Lawatan dan bengkel ini bertujuan untuk memahami dan mempelajari amalan baik MPKK dalam menjalankan Inisiatif E10 Plus dengan menggunakan teknologi semasa termasuk AI dan Sistem Pangkalan Data Bersepadu Kulim (KIDs) untuk menambah baik proses kelulusan dan pengurusan projek.
Seramai 27 orang kakitangan MPS telah menyertai lawatan dan bengkel ini. Delegasi MPS ini diketuai oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS.
Turut sama dalam delegasi ini ialah Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS, Encik Shamsul Azlan bin Mohamad Anuar, Pengarah Jabatan Pusat Setempat (OSC), TPr. Puan Noriza binti Bahari, Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Tuan Haji Mohd Syukri bin Abdullah Zawawi, Pengarah Jabatan Bangunan, Puan Zuliana binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Pelesenan seta jabatan dalam MPS.