MENU
 
KARNIVAL ALAM SEKITAR MPS DEKATI KOMUNITI TAMAN BATU CAVES KARNIVAL ALAM SEKITAR MPS DEKATI KOMUNITI TAMAN BATU CAVES KARNIVAL ALAM SEKITAR MPS DEKATI KOMUNITI TAMAN BATU CAVES

KARNIVAL ALAM SEKITAR MPS DEKATI KOMUNITI TAMAN BATU CAVES

Untuk meningkatkan lagi kesedaran berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar,

MPS pada hari ini telah mengadakan Karnival Alam Sekitar dan juga pelancaran Program Zon Bersih bagi peringkat DUN Sungai Tua.

YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dalam ucapan perasmian beliau menyambut baik usaha MPS melaksanakan inisiatif pengindahan, pembersihan dan pemuliharaan kawasan Taman Batu Caves yang telah dipillih menjadi kawasan pertama untuk Program Zon Bersih serta berharap ianya menjadi contoh untuk pelaksanaan di kawasan yang lain.

Lebih 500 pengunjung yang terdiri dari penduduk sekitar telah hadir memeriahkan karnival ini yang menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti aktiviti plogging, pemeriksaan kesihatan, Kaunter Basmi Tikus, cabutan bertuah dan pertandingan mewarna kanak-kanak.

Turut diadakan penyerahan set beg plastik kitar semula dan tong minyak masak bagi Projek Perintis kitar semula, penyampaian hadiah bagi pertandingan Program Bank Kitar Semula MPS Peringkat Sekolah 2024, Projek Taman Botani Pintar Angkat MPS Peringkat Sekolah 2024, serta penyerahan Sumbangan Bantuan Tabung Kebajikan Awam MPS.

Turut hadir dalam majlis ini, Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS; Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Tuan A. Rahim bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Penyelaras DUN Gombak Setia, Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, wakil-wakil agensi kerajaan; Ahli Majlis, dan barisan Pengarah MPS.

Event Date: 
Sabtu, 7 Disember 2024 - 12:00pm