- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Perbandaran Selayang telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada pada 24 Oktober 2024 bertempat di Jabatan Kejuruteraan, Menara MPS.
Tujuan lawatan diadakan adalah untuk membincangkan status perolehan dan pelaksanaan projek-projek di bawah peruntukan pembangunan BP.1 Jabatan Kerajaan Tempatan bagi tahun 2024 yang telah diberikan. Sebanyak 42 projek infrastruktur yang telah siap dan sedang dilaksanakan ditapak. Antara projek yang dilaksanakan termasuklah pemasangan lampu jalan jenis LED, pembinaan longkang, pembinaan kiosk, pembinaan pasar, dewan tersebut dan pembersihan pasar.
Lawatan yang diketuai oleh Tuan Syahrul bin Saleh, Pengarah Bahagian Pembangunan Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT turut disertai oleh 2 orang pegawai dan telah disambut oleh Tuan Ir. Shaiful Nor Aidil bin Mohd Jaya, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPS bersama pegawai Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Landskap dan Jabatan Bangunan MPS.