- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima Anugerah Tahap 1: Smart City Early Adopter dalam Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan, yang berlangsung pada 20 Oktober 2024 di The Everly, Putrajaya. Pengiktirafan ini disertai dengan ganjaran berjumlah RM400,000, sebagai tanda kejayaan MPS dalam memacu transformasi bandar pintar.
Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian beberapa anugerah lain seperti Anugerah Bandar Mampan 2024 dan Anugerah Amalan Perancangan Terbaik, yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atas usaha dalam membangunkan bandar pintar menjelang 2040.
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,. Hadir sama dalam majlis ini Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS, bersama Pengarah Jabatan Perancang Bandar serta Pegawai Perancang Bandar MPS