MENU
 
   

Tahniah diucapkan kepada Kebun Komuniti  Geliga Nilam, Taman Perwira Gombak atas kejayaan memenangi Kebun Komuniti Terbaik Kategori Lorong Belakang. Kebun Komuniti Cemerlang Court, Gombak turut dinobatkan Kebun Komuniti Terbaik Kategori Kawasan Lapang dan Kebun Komuniti terbaik bagi Kategori Penyelenggaraan dimenangi oleh Kebun Komuniti Pekan Rawang.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Adi Faizal Bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang pada 8 Jun 2024 bertempat di Garden 8, Taman Perwira Gombak. Turut hadir YDH Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ (Dr) Hj Wan Mahmood bin Pa’ Wan Teh, Orang Besar Daerah Gombak merangkap JKP Zon 2.

Sebanyak 18 kebun komuniti yang telah bertanding pada pertandingan ini dan MPS berharap usaha ini dapat memberi dorongan dan sokongan kepada masyarakat untuk memperkasa kebun komuniti di kawasan masing-masing.