- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Suasana cukup meriah pada Majlis Mesra Aidilfitri Warga Kerja MPS 2024 yang disambut pada 26 April 2024 bersamaan 17 Syawal 1445H bertempat di Pekarangan Menara MPS.
Pelbagai juadah telah disajikan menerusi lebih 22 gerai yang dikendalikan sendiri oleh kakitangan-kakitangan dari setiap Jabatan MPS untuk tetamu yang hadir. Turut diadakan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Menghias Pejabat Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024, cabutan bertuah serta penyerahan duit raya untuk kanak-kanak yang telah disempurnakan oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Kumpulan D'Xoras serta persembahan istimewa daripada Ady WOW, Shafie RIO dan Alina Hassan.
Turut hadir ke majlis ini YBhg. Dato Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan); YDH Dato' Paduka Raja Tan Sri Dato' Dr. Hj. Wan Mahmood bin Pa'wan Teh, Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Gombak, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negeri, YDP PBT Selangor, wakil daripada agensi Daerah Gombak,barisan Ahli Majlis MPS serta wakil-wakil dari agensi kerajaan di Negeri Selangor.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir bagi meraikan sambutan Majlis Mesra Aidilfitri MPS 2024.