MENU
 

SOALAN LAZIM (FAQ) PERMOHONAN CADANGAN PELAN PEMAJUAN

 

 

  1. Bagaimanakah cara untuk mengemukakan permohonan cadangan pelan pemajuan di Majlis Perbandaran Selayang?
  • Permohonan cadangan pelan pemajuan boleh dikemukakan melalui Sistem OSC 3.0 Plus Online yang boleh dicapai di pautan : https://www. osc3plus.kpkt.gov.my dengan menggunakan browser google chrome dan mozilla firefox versi terkini. Pihak perunding Principal Submitting Person (PSP) / Submitting Person (SP) juga perlu melengkapkan borang senarai semak permohonan cadangan pelan pemajuan terlebih dahulu dan memuat naik borang tersebut dalam OSC 3.0 Plus Online.

 

  1. Apakah itu Sistem OSC 3.0 Plus Online?
  • Sistem OSC 3.0 Plus Online adalah satu sistem yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan membantu pihak  PSP/SP untuk mengemukakan permohonan pelan pemajuan secara atas talian, bayaran yuran proses dan cagaran melalui atas talian (PBTPAY) dan membolehkan agensi teknikal mengulas permohonan secara maya serta seterusnya keputusan diperolehi melalui sistem ini. Sistem ini turut dilengkapi dengan fungsi real-time tracking status permohonan dan command, control, communications, computers, and intelligence (C4I).

 

  1. Apakah format pelan-pelan dan dokumen yang dimuatnaik?
  • Format pelan yang boleh dimuatnaik adalah pdf fail sahaja.

 

  1. Adakah dokumen hardcopy masih diperlukan dalam melaksanakan Sistem OSC 3.0 Plus Online?
  • Ya. Dokumen hardcopy masih diperlukan untuk pihak PSP/SP kemukakan ke kaunter Jabatan OSC. 

 

  1. Bilakah dokumen hardcopy dikemukakan ke Jabatan OSC?
  • Dokumen hardcopy hendaklah dikemukakan di kaunter Jabatan OSC setelah semua semakan lengkap dan menerima notifikasi daripada pihak OSC melalui Sistem OSC3.0 Plus.

 

  1. Bolehkah pihak PSP/SP melihat ulasan teknikal yang dimuatnaik oleh agensi teknikal?
  • Pihak PSP/SP boleh melihat ulasan teknikal dalam Sistem OSC 3.0 Plus Online bagi persediaan awal serta rujukan bagi pematuhan syarat oleh pihak agensi teknikal sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (MJKOSC) dilaksanakan. Walaubagaimanapun, pihak agensi teknikal masih diberikan pilihan untuk memaparkan ulasan yang dibuat atau sebaliknya. Keputusan muktamad juga masih tertakluk kepada keputusan yang dibuat dalam MJKOSC sejajar dengan peruntukan seksyen 28 akta 171 iaitu pbt menubuhkan jawatankuasa bagi menimbang dan membuat keputusan.

 

  1. Bolehkah pihak PSP/SP menyemak status permohonan dan keputusan mesyuarat serta mencetak surat keputusan mesyuarat secara online?
  • Pihak PSP/SP boleh menyemak status permohonan dan keputusan serta mencetak surat pemakluman keputusan mesyuarat melalui sistem.

 

  1. Bolehkah pihak PSP/SP menyemak serta mencetak surat keputusan kelulusan muktamad secara online?
  • Pihak PSP/SP boleh menyemak serta mencetak surat kelulusan muktamad melalui sistem

 

  1. Adakah Proses 3 (Notifikasi Mula Kerja Binaan) hingga Proses 6 (Pendepositan CCC) boleh dilaksanakan melalui Sistem OSC 3.0 Plus Online?
  • Proses 3 hingga 6 boleh dilaksanakan melalui Sistem OSC 3.0 Plus Online setelah surat kelulusan muktamad diperoleh dari jabatan teknikal memproses.