MENU
 
Operasi Menangkap Lembu Operasi Menangkap Lembu
Operasi Menangkap Lembu Operasi Menangkap Lembu

Satu operasi menangkap lembu telah dilaksanakan pada 16 Jun 2022 di Kawasan Industri Rawang Integrated, Rawang.

Dalam operasi ini sebanyak 3 ekor lembu telah disita atas kesalahan melepaskan haiwan tanpa kawalan dan tiada surat kebenaran dari pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bawah Enakmen Mengawal Lembu- Kerbau 1971. 

Operasi ini diketuai Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS dengan disertai anggota penguatkuasa dan Polis Diraja Malaysia.

MPS mengingatkan para pemilik haiwan ternakan di sekitar kawasan MPS ini supaya tidak bersikap lepas tangan dengan membiarkan haiwan ternakan peliharaan berkeliaran dan dikhuatiri mengundang bahaya kepada orang ramai.

Polis Daerah Gombak
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#kitaselangor