MENU
 

MPS hari ini meneruskan misi bantuan banjir  dengan menghantar seramai 40 orang sukarelawan, 2 buah lori roro, 1 trak tunda, 3 buah kenderaan pacuan 4 roda (4x4) 1 buah bas & 2 buah van bagi melaksanakan kerja pembersihan di kawasan Seksyen 19 Shah Alam.

Tuan TYDP MPS, Tuan Haji Cheremi bin Tarman telah turut turun meninjau kawasan dan menyantuni mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut

Pihak MPS berharap bantuan kecil ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda.

#selayangkusayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#kitajagakita
#kitaselangor
#selangorbangkit