- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
MPS pada hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Baucar Persekolahan kepada 259 orang pelajar bersempena Program Ceria Kembali Ke Sekolah Peringkat MPS 2021.
Majlis telah diadakan pada jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Keraian, Menara MPS dan secara langsung melalui dalam talian menerusi Facebook MPS.
Majlis perasmian dan penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Zin bin Masoad, Pengarah Jabatan Korporat mewakili Tuan YDP MPS.
Pada majlis ini, seramai 7 orang wakil sekolah sekitar MPS telah hadir menerima sumbangan mewakili pelajar-pelajar yang terpilih. Hadir bersama adalah Encik Sulaiman Bukhari Haji Amir selaku wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah Gombak yang turut menerima cenderahati penghargaan atas penglibatan menjayakan Program Ceria Kembali Ke Sekolah MPS 2021 ini.
Semoga dengan sumbangan ini akan dapat meringankan lagi beban pelajar yang kurang berkemampuan untuk menyediakan kelengkapan bagi memulakan kembali sesi persekolahan mereka.
#selayangkusayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#kitajagakita
#kitaselangor