MENU
 
Rangkuman Operasi Pemantauan Penguatkuasa MPS Dan Operasi Pemantauan SOP PPN Rangkuman Operasi Pemantauan Penguatkuasa MPS Dan Operasi Pemantauan SOP PPN
Rangkuman Operasi Pemantauan Penguatkuasa MPS Dan Operasi Pemantauan SOP PPN Rangkuman Operasi Pemantauan Penguatkuasa MPS Dan Operasi Pemantauan SOP PPN

RANGKUMAN OPERASI PEMANTAUAN PENGUATKUASA MPS DAN OPERASI PEMATUHAN SOP PPN

MPS pada 6 September 2021 telah menjalankan operasi pemantauan penguatkuasaan dan operasi pematuhan SOP melibatkan sekitar kawasan Bandar Baru Kundang, Rawang, Gombak dan Selayang melibatkan beberapa buah kilang, premis jualan, restoran dan penjaja di sekitar kawasan tersebut. 

Hasil operasi yang disertai oleh Polis Diraja Malaysia mendapati dua buah kilang, sebuah restoran dan sebuah premis jualan di sekitar kawasan pemantauan mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Walaubagaimanapun, untuk pemantauan penguatkuasaan oleh MPS, dua penjaja di Bandar Baru Selayang  dan Selayang Mutiara telah dikenakan tindakan, salah satunya diberikan notis kerana meninggalkan barang perniagaan dan satu lagi dikenakan amaran lisan supaya menutup perniagaan dan berpindah lokasi kerana tidak mempunyai permit penjaja dan menimbulkan kacau ganggu. 

Di kawasan Gombak, dua penjaja tanpa permit di PPV Sungai Pusu telah diberikan notis dan diarahkan untuk menutup perniagaan. Selain itu, anggota penguatkuasa daripada Unit Malam turut melakukan operasi sitaan terhadap penjaja haram warga asing yang menjalankan perniagaan sayur-sayuran di tepi jalan besar berhampiran Pasar Borong Selayang. 

MPS sekali lagi ingin mengingatkan semua penjaja dan premis perniagaan untuk mematuhi SOP yang telah dikeluarkan dan mendapatkan permit atau lesen perniagaan terlebih dahulu sebelum menjalankan operasi. 

MPS akan meneruskan pemantaun dan pemeriksaan dari masa bagi memastikan peraturan sentiasa dipatuhi selain memastikan rantaian pandemik Covid-19 dapat diputuskan.

#selayangkusayang
#perbandaranlestari
#smartselayangmampan
#kitajagakita
#lindungidirilindungikeluarga
#selangorgempurcovid19