- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
MPS telah menerima sumbangan tong sampah jenis MGB 240 liter, MGB 660 liter dan Leach Bin daripada pihak KDEB Waste Management untuk Projek ANEW Pelestarian Sungai Tua.
Penyerahan sembangan ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Fauzi bin Ibrahim, Ketua Operasi KDEBWM Cawangan Selayang kepada Tuan YDP MPS. Turut hadir bersama Tuan Timbalan YDP MPS, Tuan LAr. Mokhtar Affandi Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Landskap selaku Pengarah Projek ANEW Pelestarian Sungai Tua, dan Puan Norhayati Ahmad, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan.
Kesemua tong sampah tersebut akan ditempatkan di sekitar kawasan projek ANEW Pelestarian Sungai Tua termasuk kawasan komersial, rumah strata dan di pusat-pusat tong.
Terima kasih diucapkan kepada pihak KDEB Waste Management. Semoga dengan bantuan CSR ini akan dapat melancarkan lagi proses pengurusan sampah di kawasan pentadbiran MPS demi kebersihan dan kelestarian alam sekitar.
Kdeb WM
#selayangkusayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#kitajagakita
#kitaselangor
#selangorgempurcovid19