MENU
 
Program Bantuan Covid-19 Fasa 2 JKP Zon 16 MPS Program Bantuan Covid-19 Fasa 2 JKP Zon 16 MPS
Program Bantuan Covid-19 Fasa 2 JKP Zon 16 MPS

Sekitar penyerahan Fasa 2 bantuan makanan oleh JKP Zon 16 MPS kepada penduduk yang terkesan sepanjang tempoh PPN Fasa 1.

Inisiatif Majlis Perbandaran Selayang ini bertujuan untuk sedikit sebanyak meringankan beban masyarakat yang terkesan tidak kira apa jua agama dan bangsa terutamanya ketika menghadapi pandemik Covid-19.

Penyerahan telah disempurnakan oleh YB Chua Wei Kiat,ADN Rawang dan Tuan Anmuniandy A/L Vellymalai, Ahli Majlis MPS Zon 16.

Terima kasih diucapkan kepada Ahli Majlis Zon 16 bersama JKP Zon 16 yang membuat edaran bantuan ini kepada penduduk di kawasan Zon 16. 

"Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing".

#selayangkusayang
#perbandaranlestari
#smartselayangmampan
#kitajagakita
#lindungidirilindungikeluarga
#selangorgempurcovid19