- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Operasi membanteras penjaja tanpa lesen perniagaan telah dijalankan di sekitar tapak uptown Taman Sri Gombak dan di sepanjang Jalan SG 1/1 bersama Tuan Anuar bin Jasmin, Ahli Majlis Zon 4. Operasi ini melibatkan seramai 9 orang anggota penguatkuasa MPS dari unit malam dan unit atur cepat.
Sebanyak 34 penjaja telah dikenakan tindakan pengeluaran notis selama 7 hari untuk membuat permohonan lesen perniagaan di bawah seliaan JKP Zon 4. Tindakan ini diambil di bawah Seksyen 3 (Undang-Undang Kecil Penjaja).
MPS ingin mengingatkan bahawa para penjaja perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak MPS selain mendapatkan permohonan permit penjaja yang sah untuk menjalankan perniagaan.
#selayangkusayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#kitaselangor
#kitajagakita