|
Jabatan Perbendaharaan MPS bertanggungjawab di dalam pengurusan kewangan, semua jenis pembayaran dan semua jenis kutipan cukai pintu di dalam kawasan pentadbiran MPS.
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB
Jabatan Perbendaharaan MPS bertanggungjawab menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut:-
- Mewujudkan sistem perakaunan Majlis Perbandaran Selayang dengan berasaskan kepada prinsip-prinsip perakaunan, Arahan Perbendaharaan dan Arahan Pentadbiran MPS.
- Mengurus hasil dan mengawal perbelanjaan Majlis.
- Mengawal dan menguruskan bantuan dan peruntukan kewangan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
- Mengemukakan laporan kewangan bagi Mesyuarat Majlis.
- Menyediakan penyata Kewangan tahunan untuk dikemukakan ke Jabatan Audit Negeri Selangor.
- Menyediakan Bajet Tahunan Majlis dan mengendalikan akaun pindahan peruntukan serta peruntukan tambahan.
- Menguruskan pengeluaran pesanan tempatan (LO) bagi kerja, bekalan dan perkhidmatan.
- Memproses bayaran bagi pesanan tambahan (LO), tanpa pesanan tempatan (TLO), kontrak kerja dan lain-lain tuntutan.
- Bertanggungjawab ke atas kutipan dan penyimpanan hasil Majlis
- Bertanggungjawab menguruskan kutipan hasil cukai taksiran Majlis
- Bertanggungjawab menguruskan kutipan hasil penswastaan tempat letak kereta Majlis
- Bertanggungjawab ke atas Sistem Reward Majlis
- Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan Sekatan e-Sim Majlis
|
Pengarah Jabatan
Kosong
Timbalan Pengarah
Rohayu Binti Ramli
Ketua Kerani
Harslina Binti Ariff
Bahagian / Unit
- Bahagian Hasil
- Bahagian Kewangan
- Bahagian Pentadbiran
Jumlah Kakitangan
79 orang
Sayap A, Tingkat 1
Menara MPS
03-6126 5953
|