MENU
 

Jabatan Khidmat Pengurusan MPS bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus sumber Jabatan yang meliputi perjawatan, pengurusan maklumat Sistem HRMIS, sumber manusia, modal insan, logistik, pentadbiran, pembekalan dan aset bagi memastikan fungsi dan perkhidmatan Jabatan dapat disampaikan kepada pelanggan dengan lancar dan berkesan.

 

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB

Di Jabatan Khidmat Pengurusan terdapat lima (5) bahagian dan menjalankan fungsi-fungsi seperti berikut :

Bahagian Perjawatan dan Organisasi

Mengurus dan memantau perancangan sumber manusia, perjawatan, pembangunan organisasi dan pengurusan maklumat dalam Sistem HRMIS.

Bahagian Sumber Manusia

Menguruskan hal ehwal sumber manusia seperti urusan pengambilan dan perlantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kenaikan pangkat, gaji dan elaun, pengurusan cuti, pencen, pinjaman perumahan dan tatatertib kakitangan MPS.

Bahagian Lantikan dan Kompetensi

Menguruskan dan menyelia latihan kakitangan seperti kursus / seminar dan peperiksaan serta kompetensi untuk kakitangan MPS.

Bahagian Pentadbiran

Mengurus dan memantau pengurusan Taska, kenderaan, khidmat sokongan, khidmat kaunter, perkhidmatan kuarters dan perlindungan insurans serta urusan panel perubatan kakitangan, Ahli Majlis dan tanggungan.

Bahagian Khidmat Pengurusan

Menguruskan pembekalan aset dan stok bekalan pejabat termasuk perolehan dan pembayaran bagi perkhidmatan dan pembekalan.

PN MAZURAH

Pengarah Jabatan

Mazurah Binti Mohamed

 

Timbalan Pengarah

Su @ Noor Hafizah Binti Mohamad Lasim

 

Ketua Kerani

Atiqah Binti Yahya

Nor Azila Binti Mahamad Alias

Mohd Hazrin Bin Abu Hassan

Rizwana Binti Mohd Sulaiman

 

Bahagian / Unit

- Bahagian Sumber Manusia

- Bahagian Penjawatan Dan Organisasi

- Bahagian Latihan Dan Kompetensi

- Bahagian Pentadbiran

- Bahagian Khidmat Pengurusan

- Bahagian Registri Dan Rekod

 

Jumlah Kakitangan

76 orang

 

Sayap A, Tingkat 7

Menara MPS

03-6126 5811

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.