- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
WARNA WARNI BOTANI: FESTIVAL FABRIKASI 2025
25 September 2025 | Shah Alam
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menyertai Warna Warni Botani: Festival Fabrikasi 2025 yang berlangsung pada 25 hingga 28 September 2025 di Taman Botani Negara, Shah Alam. Festival anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) bersama rakan strategik ini telah dirasmikan oleh DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor.
Dalam majlis berkenaan, DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyampaikan plak penghargaan kepada semua rakan strategik termasuk MPS selaku penaja utama. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS turut menerima penghargaan daripada PSJKM atas sumbangan MPS terhadap pembangunan seni kreatif.
Festival ini meraikan seni fabrikasi serta membuka peluang ekonomi kepada usahawan tempatan, khususnya golongan B40 dan E-Kasih. Kerjasama antara MPS dan PSJKM bermula sejak 2024 apabila MPS menjadi tuan rumah edisi pertama yang menarik penyertaan 1,874 peserta dan 37 usahawan termasuk masyarakat Orang Asli.
Tahun ini, kesinambungan kerjasama diteruskan dengan program Sew & Save yang melatih komuniti menghasilkan produk kitar semula fabrik dan plastik, menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 5, SDG 8 & SDG 12).
MPS akan terus menyokong pembangunan seni kreatif, memperkasa ekonomi komuniti dan menggalakkan kelestarian demi kesejahteraan masyarakat.