MENU
 
Sumbangan Logistik Sumbangan Logistik Sumbangan Logistik
Sumbangan Logistik Sumbangan Logistik Sumbangan Logistik

MPS telah menyerahkan sumbangan logistik kepada Pusat Operasi agensi Barisan Hadapan dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada 21 April 2022 bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. 

Senarai peralatan yang diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak adalah 4 unit khemah bersaiz 20x20, 4 unit meja banquet dan 30 unit kerusi plastik. Bagi peralatan yang diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh adalah 3 unit khemah bersaiz 20x 20, 3 unit meja banquet dan 30 unit kerusi plastik. 

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Puan Sr. Norshima Binti Norzlan , Pengarah Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta mewakili YDP MPS dan diserahkan kepada wakil Ketua Polis Daerah Gombak iaitu Supt. Noor Ariffin Bin Mohd Nasir, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak. Manakala Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh diwakili oleh ASP Alias bin Timin, Ketua Bahagian Ketenteraman Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Daerah Sungai Buloh.

#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#kitaselangor